Pengunjung Setia

Sabtu, 22 Oktober 2011

DOSA MENGUMPAT

MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Perbuatan itu mungkin menyebabkan kesusahan, kerugian, perasaan malu dan mendapat nama buruk akibat cerita itu.

Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda bermaksud:
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui ia difahami oleh orang mendengarnya.

Mengumpat banyak mendatangkan keburukan. Oleh itu, Islam melarang umatnya mengumpat.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya ..." (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Tidak ramai melakukan zina kerana dosanya amat besar tetapi ramai tidak sedar setiap hari melakukan dosa lebih besar daripada zina.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri." (Hadis riwayat Abu Daud).

Maksud hadis itu dengan jelas membuktikan orang mengumpat dikategorikan sebagai belum beriman dengan hatinya biarpun lidahnya mengaku beriman.

Orang mengumpat bakal dimalukan biarpun dia berada di rumahnya sendiri.

Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.

Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.

Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.

Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata 'alangkah pendeknya perempuan itu' kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.

Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.

Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan
menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit.

Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan 'mesra'.

Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah.

Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada akhirat.

Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering." Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya." Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui."

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Walaupun perbuatan menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain amat dilarang dan berdosa besar, ada masanya kita diharuskan berbuat demikian.

Perbuatan itu hendaklah bertujuan kebaikan dan bukan saja-saja suka
menceritakan keburukan orang.

Antara contoh keadaan yang dibenarkan ialah menceritakan sifat seseorang yang suka menipu. Kita menceritakan sifatnya itu bertujuan supaya orang lain berhati-hati dan tidak akan mudah ditipu olehnya.

Tetapi janganlah ditambah cerita mengenai sifat lain pula. Contohnya, selain cerita sikapnya suka menipu, diceritakan juga sifatnya suka minum arak. Ini kerana di antara kedua-dua sifat itu tidak mempunyai hubungan dan bukan untuk tujuan asal agar tidak tertipu.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya.

Jauhkan diri daripada berada dalam suasana yang boleh menyebabkan berlakunya mengumpat.

Oleh itu, perbanyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat "

Rabu, 19 Oktober 2011

anda tahu Islam anda bermasalah bila....


"...Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam, Al Qur’an atau Jihad adalah melalui CNN.. atau hanya di kaca tv…

…bila semua perbualan anda dengan kawan2 hanyalah berkaitan dengan teman lelaki/ perempuan anda atau movies, atau lelaki/wanita dalam movies sahaja…atau banyak tentang artis…

…anda menghabiskan banyak masa di luar rumah/ di kelab malam pada bulan Ramadhan dari berada di masjid..

…anda mempunyai masa untuk menonton 3 movies seminggu tetapi sukar untuk melakukan sembahyang mengikut waktunya.

…bahawa terjemahan al Qur’an anda masih berada di tempat yang sama di atas para teratas sejak Ramadhan yang lepas.

…anda mendengar suara hati anda dalam keadaan yang sunyi sama dengan semasa anda mendengar lagu kegemaran anda.

…anda tak ingat bila anda bertanya seseorang tentang Islam.. sesuatu yang anda tak faham tentang Islam.

…anda tidak mengenali sesiapa yang anda dapat memberi salam tanpa rasa malu.

… merasa perasaan yang Allah melihat setiap perkara yang anda buat sekadar sambil lewa saja.. anda tidak merasa gerun.

…anda masih bersedia untuk menerima panggilan telefon pada pukul 2 a.m.

…anda sekadar memberi harapan untuk memasuki syurga tetapi tidak betul2 bersungguh dengan amalan yang anda telah lakukan… sekadar mengharap kasih sayang Allah..

…bila anda ingin sesuatu dalam hidup, anda sekadar berharap dan berfantasi.. dan berkata “aku harap..”

…anda tidak dapat fikirkan kenapa anda tak rasa bahagia jauh di sudut hati.. dan mengapa tidak ada sesuatu yang baik hingga ke akhirnya (mesti akan berakhir).

…bila ada kejadian buruk atau sedih anda merasa sangat seorang diri..tiada tempat untuk mengadu.. anda tidak merasa Allah bersama anda..

…anda tidak mengingati Rasulullah s.a.w sekurang-kurang sekali sehari.. berselawat kepadanya.

…rakan anda tidak pernah menegur anda tentang keburukan diri anda, begitu juga sebaliknya.

…bila anda mendengar seseorang Muslim di negara lain meninggal, anda merasakan ianya sebahagian dari politik.. dan anda tak merasa apa-apa..

…kawan yang paling baik dengan anda adalah jantina yang berlainan dengan anda padahal anda bukan isteri atau suaminya…

…anda tidak ada motivasi dalam diri untuk menukar cara hidup anda kepada yang lebih baik..

…bila anda diberitahu akan kesilapan anda, anda hanya berkata “ inilah diri saya.. jangan campur urusan saya..”

…apabila mendengar al-Quran, anda tidak rasa bersalah dan tak rasa apa-apa..

…anda tidak pernah ambil kisah samaada anda masuk syurga atau neraka kerana merasakan tiada siapa pun tahu tentang perkara ini.. dan anda bersikap sambil lewa.

…anda bersetuju dengan semua teori yang diajar oleh professor Philosophy anda di kelas… walaupun kadang2 bertentangan dengan prinsip Islam..

…anda ingin menjelajah seluruh dunia satu hari, tapi Mekah tidak termasuk salah satu dari tempatnya…

…keluarga anda membenci anda dan pernah mengatakan begitu kepada anda..

…anda membaca horoskop dan mempercayainya tetapi tidak pernah melakukan solat istikharah..

…anda tidak pernah merasa menyesal atas kesilapan anda dan menangis kerana Allah.

…pengalaman buruk anda dengan orang Islam menghalang anda dari mendekati Islam dan orang Islam… dan anda membiarkan keadaan itu..

Tanyalah diri kita.. dan nilailah takat mana Islam kita…

…orang beriman… bila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka."


Rabu, 5 Oktober 2011

DAKWAH : Ittiba' (Ikut Berdasar Dalil) Rasulullah Saw


A
llah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21)

Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan ayat ini dengan ucapannya: "Ayat ini merupakan asas pokok lagi agung dalam bersuri teladan kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam dalam segala ucapan, perbuatan dan hal ehwalnya...." (Tafsir Ibnu Katsir, 3/475)

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya Al- Hadits Hujjatun bi Nafsihi, hal. 35 menyatakan: "Ayat ini memberikan pengertian bahwa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam adalah ikutan kita dan suri teladan bagi kita dalam segala urusan agama...." Ber-uswah kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam ialah dengan mengerjakan sesuai dengan apa yang dikerjakan oleh beliau sallallahu `alaihi wa sallam, baik berupa amalan sunnah ataupun amalan wajib dan meninggalkan semua yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam baik itu perkara yang makruh, apalagi yang haram.

Jika beliau sallallahu `alaihi wa sallam mengucapkan suatu ucapan, kita juga berucap seperti ucapan beliau sallallahu `alaihi wa sallam. Jika beliau sallallahu `alaihi wa sallam mengerjakan sesuatu, maka kita juga mengerjakannya sesuai dengan perbuatan Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam dengan tidak ditambah dan dikurangi. Begitu pula jika Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam meninggalkan sesuatu, maka kita juga tinggalkan selama perbuatan atau ucapan tersebut bukan suatu kekhususan bagi beliau sallallahu `alaihi wa sallam.

Dan jika beliau mengagungkan sesuatu, maka kita juga mengagungkannya, demikianlah seterusnya. Jadi, ber-uswah kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bererti kita mengesakannya dalam hal mutaba'ah (mengikuti) sebagaimana kita mengesakan Allah dalam peribadatan. Hal ini merupakan realisasi dari dua kalimat syahadat. Jika hilang salah satu hal ini dari diri seseorang, maka dia belum dapat dikatakan sebagai seorang muslim.

Perlu diperhatikan bahwa mustahil seseorang itu mampu ber-uswah dan ber-ittiba' kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, jika dia jahil terhadap sunnah dan petunjuk-petunjuk Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam. Oleh karena itu satu-satunya jalan untuk boleh ber-ittiba' kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam adalah dengan mengetahui sunnah- sunnah beliau -dan ini menunnjukkan bahwa atba' (pengikut Rasul)- adalah ahlul bashirah (orang yang berilmu).

Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam kitabnya Zaadul Ma'ad, 1/69-70 mengatakan: "Kalau kebahagiaan seorang hamba di dunia dan akhirat tergantung dengan petunjuk Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, maka wajib bagi setiap hamba yang ingin mendapatkannya untuk mengetahui dan memahami sunnah Rasulullah, petunjuk-petunjuk dan jalan hidupnya sallallahu `alaihi wa sallam, sehingga dia dapat digolongkan sebagai atba' (pengikut) beliau sallallahu `alaihi wa sallam...." Setelah mengilmui sunnah-sunnah beliau sallallahu `alaihi wa sallam, maka kewajipan kita selanjutnya adalah tathbiqu sunnah (mempraktikkan/mengamalkan sunnah), baik secara individu maupun masyarakat.

Di dalam menjalankan sunnah ini tidak boleh hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan atau meremehkan sebahagian yang lain. Tidak boleh hanya mementingkan solat saja tanpa yang lain, begitu pula tidak boleh mementingkan masalah akhlak saja sedangkan tauhidnya tidak. Akan tetapi harus mengamalkan semua sunnah Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, baik yang berkaitan dengan masalah i'tiqad, ibadah, muamalah, akhlak, adab, hubungan sosial ataupun yang lainnya.

Cara yang paling berkesan di dalam tathbiqu sunnah adalah dengan menyebarkan ilmu syar'i yang telah diwariskan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam (ilmu kitab dan sunnah) kepada umat. Jadi, merupakan kewajipan bagi setiap orang yang mempunyai ilmu syar'i tersebut untuk menyampaikan dan mengajarkan kepada umat tentang sunnah-sunnah nabinya sallallahu `alaihi wa sallam. Imam Baihaqi rahimahullah mengatakan: "Jika ittiba' kepada sunnah Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam merupakan suatu kewajipan dan tidak ada cara lain untuk boleh ittiba' kepada sunnah beliau kecuali dengan mengilmuinya, maka tidak ada jalan lain untuk boleh mengilmuinya kecuali dengan menerima semua apa yang datang dari beliau.

Kita wajib menerimanya tanpa ada rasa berat kerana dengan itulah kita dapat ittiba' kepada sunnah- sunnah beliau. Oleh sebab itu beliau memerintahkan umatnya untuk mengajarkan dan mendakwahkan sunnah kepada umat." (Al-I'tiqad Wal Hidayah Ila Sabili Ar-Rasyad, hal. 154) Kemudian yang perlu diperjelas adalah suatu perbuatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam atau yang lebih dikenal dengan sunnah matrukah atau sunnah tarkiyyah. Sunnah Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam dibahagi menjadi dua: sunnah fi'liyyah dan sunnah tarkiyyah. Segala sesuatu yang dikerjakan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam termasuk sunnah untuk kita kerjakan selama bukan merupakan kekhususan bagi beliau. Sunnah ini yang dinamakan dengan sunnah fi'liyyah.

Sedangkan segala sesuatu yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam adalah termasuk sunnah untuk kita tinggalkan dan ini dinamakan dengan sunnah tarkiyyah. Al-Hafizh Ibnu Rajab dalam kitabnya Fadllu 'Ilmi Salaf, hal. 31, mengatakan: "...Segala sesuatu yang disepakati oleh salafus soleh untuk ditinggalkan, maka tidak boleh diamalkan karena mereka tidak akan meninggalkan sesuatu amal melainkan karena mereka tahu bahwa amal itu tidak dikerjakan."

Dasar kaedah sunnah tarkiyyah ini diambil dari beberapa dalil. Diantaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari (5063) dan Muslim (1401) dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu, dia berkata: "Datang tiga orang ke rumah isteri Nabi sallallahu `alaihi wa sallam untuk menanyakan tentang ibadah Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam. Ketika mereka dikhabari tentang ibadah Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, mereka merasa bahwa ibadah mereka sangat sedikit. Oleh karena itu mereka mengatakan: 'Ada apanya kita dibandingkan dengan Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam? Padahal beliau telah diampuni oleh Allah dosa-dosanya yang lalu mahupun yang akan datang.' Salah seorang dari mereka berkata: 'Saya akan solat se-malam suntuk selama- lamanya.' Yang lainnya berucap: 'Saya akan berpuasa sepanjang masa dan tidak berbuka.' Dan yang lain lagi berkata: 'Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selama-lamanya.' (Mendengar hal ini), Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pun datang seraya bersabda: 'Kalian yang mengucapkan begini dan begitu?! Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling taqwa kepada-Nya. Tetapi aku berpuasa dan juga berbuka, aku solat dan juga tidur serta aku pun menikahi wanita. Maka barangsiapa yang benci terhadap sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid dalam kitabnya Ilmu Ushulil Bida', hal. 108 menjelaskan hadith ini dengan ucapannya: "Hadith ini secara jelas mengisyaratkan tentang usaha tiga orang yang tersebut dalam hadith untuk mengerjakan ibadah-ibadah yang pada asalnya memang disyari'atkan, tetapi dengan kaifiyyah (tata cara) yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam. Puasa pada asalnya adalah ibadah yang dianjurkan. Qiyamul lail (solat malam) pun pada asalnya adalah ibadah yang disukai. Demikian juga afaf (menjaga kehormatan) adalah suatu perbuatan yang terpuji dan dituntut. Akan tetapi kerana kaifiyah dan sifat ibadah yang akan dilakukan oleh tiga orang tadi ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam dalam praktik ibadahnya dan tidak pernah diajarkan oleh beliau, maka beliau pun mengingkari perbuatan mereka.

Pengingkaran Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam ini sesuai dengan sabda beliau: "Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada contohnya dari kami, maka amalan itu tertolak (tidak diterima)." (HR. Muslim, 1718) Dalam hadith ini ada faedah yang sangat penting yaitu niat yang baik semata tidak dapat menjadikan suatu amalan menjadi baik dan diterima di sisi Allah subhanahu wa ta'ala, akan tetapi harus sesuai dengan cara yang diajarkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam. Oleh karena itulah Nabi sallallahu `alaihi wa sallam menutup pengingkarannya dengan ucapan: "Siapa yang benci (meninggalkan) sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku."

Oleh karena itu, untuk menyempurnakan ittiba' kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam adalah mengerjakan apa yang telah dikerjakan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam (sunnah fi'liyyah) dan meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh beliau sallallahu `alaihi wa sallam (sunnah tarkiyyah). Dengan demikian seseorang akan terjauh dari perbuatan bid'ah dan dapat menutup pintu bid'ah serapat-rapatnya. Karena semakin ber- ittiba' kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, maka semakin jauh pula seseorang dari kebid'ahan. Sebaliknya, kalau seseorang lemah dalam ber-ittiba' kepada beliau, maka pintu bid'ah akan terbuka lebar-lebar dan kemungkinan terjerumus sangat besar baginya. Meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bererti telah mengerjakan sunnah tarkiyyah, tetapi sebaliknya meninggalkan apa yang dikerjakan oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam (sunnah fi'liyyah), maka akan terjerumus ke dalam bid'ah tarkiyyah. Wal 'iyadzu billah.

Sabtu, 3 September 2011

Hiburan Dalam Islam


H
iburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang maksudnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang maksudnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”
(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang maksudnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”
(Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang maksudnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)

FirmanNya lagi yang maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”
(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang maksudnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”
(Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

Buat Insan Bergelar "Hawa"...


Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.

Jumaat, 26 Ogos 2011

CINTA SUCI - Dapat Merasai Hukuman Allah


A
pabila menyebut soal cinta, selalu orang merujuk kepada lelaki dan wanita yang sedang dilamun cinta. Bahkan kebanyakan orang bertanggapan negatif terhadap cinta. Kononnya cinta membawa kepada gejala dosa dan maksiat. Adakah tanggapan itu benar?

Realitinya, orang yang bercinta dalam kalangan lelaki dan wanita tidak menghasilkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Hanya sedikit sahaja orang yang bercinta membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Jurang kedua-dua ini menunjukkan bahawa cinta itu suci tetapi dicemari oleh keimanan yang lemah.

Cinta seharusnya tidak disempitkan skopnya. Bahkan tidak salah percintaan antara lelaki dengan wanita. Bukankah terdapat sebuah hadith yang menyebut bahawa tujuh golongan yang dilindungan arasy yang salah satunya ialah pasangan yang bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah?

Sebenarnya cinta seseorang sama ada terhadap wanita, keluarga, harta, mahupun negara ada kaitannya dengan Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau apapun bentuk cinta seseorang, mestilah kerana Allah dan rasul-Nya. Cintanya kerana kehendak Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Meskipun seseorang lelaki bercinta dengan wanita, dia tetap menghormati larangan Allah lalu dia tidak berdua-duaan. Dia memuliakan wanita tersebut kerana Rasulullah s.a.w. memuliakan wanita lalu tidak mahu merosakkan maruahnya. Mereka menyedari hukuman Allah.

Tetapi semua itu tidak berlaku pada zaman ini, mereka bercinta bukan kerana Allah dan Rasulullah s.a.w. tetapi kerana nafsu dan syaitan. Oleh sebab itulah pada saat kemuncak percintaan mereka akan berlaku perkara yang tidak diingini. Akhirnya mereka terpaksa berkahwin dalam keadaan bakal isterinya hamil.

Hakikatnya mereka bukan bercinta tetapi berniat jahat menzalimi diri sendiri dan menganiaya orang lain. Cinta yang dilafazkan mempunyai kepentingan peribadi. Sedangkan wanita itu tertipu kerana kejujuran cintanya. Tetapi cintanya itu tidak kerana Allah dan rasul-Nya.

Oleh hal yang demikian, umat Islam perlu akur dengan perintah Allah ini kerana sesuatu yang disuruh ada faedahnya. Sebaliknya sesuatu yang dilarang ada manfaatnya kepada mereka. Jika manusia mengikutnya, pasti mereka beroleh ke selamatan dan kebahagiaan.

Begitu juga halnya kalau kita mencintai harta dan segala milik kita di dunia ini, sewajarnya dipelihara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Dalam hal ini Allah memerintahkan manusia membayar zakat. Oleh sebab itu, walaupun terlalu cinta pada harta, mereka tetap kena mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah.
Kalau umat Islam dan manusia sejagat dapat meletakkan cinta pada tahap yang disebut di atas, pasti mereka akan taat kepada Allah pada semua perintah Allah. Dalam masa yang sama mereka tidak akan melakukan dosa dan maksiat sama ada sewaktu berada di tempat gelap, apatah lagi jika berada di khalayak ramai.

Orang yang meletakkan cinta di tahap itu bererti mereka benar-benar cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Hakikat inilah yang patut difahami oleh umat Islam dan manusia seluruhnya. Inilah dua cinta dalam satu yakni dapat dua cinta dalam satu pakej.

Dalam hal ini jika seseorang itu bercinta tetapi tidak merasai kewujudan Allah lalu membelakangkan hukum Allah, mereka bukanlah orang yang beriman. Inilah barangkali yang dikatakan "cinta itu buta", mereka tidak dapat melihat pencipta alam walaupun dia mengagumi alam itu.

Allah S.W.T. Menolak 1 Doa Daripada 3 Doa Rasulullah S.A.W.

sekadar gambar hiasan

Untuk Renungan Bersama....

"Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.


2
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.


3
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak). Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ? 

Ahad, 21 Ogos 2011

Bidadari Syurga ('Ainul Mardhiah)

sekadar gambar hiasan

B
idadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat di dunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya adakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikannya sungguh mengagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantik dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.


Seksa/Azab Kubur


Gambar di atas adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu hospital di Oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di ke bumikan yang di saksikan oleh ayahnya. Pemuda tersebut meninggal dunia di rumah sakit dan setelah di mandikan di makamkan secara Islam pada hari itu juga. Tetapi setelah pengebumian, ayahnya merasa ragu atas diagnosis doktor dan mahukan untuk di identifikasi kebenaran penyebab kematiannya. 
Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut sewaktu mereka melihat keadaan mayat itu . Mayat tersebut begitu berbeza dalam 3 jam. Dia kelihatan bertukar warna ke abu-abuan seperti orang yang sudah tua menunjukkan bekas seksaan dan pukulan yang amat kuat dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur hingga ke hujungnya dan sehingga menekan ke badannya.  
Seluruh badan dan mukanya hancur. Matanya yang terbuka memberitahu ketakutan, kesakitan dan penyesalan. Darah yang begitu jelas menandakan bahawa pemuda tersebut sedang mendapatkan seksaan yang amat berat.
Semua kejadian yang berlaku ke atas pemuda itu adalah berdasarkan Ilmu pengetahuan tentang Islam yang mana tidak dapat dimungkiri lagi keterangannya bahawa seksa kubur itu adalah benar seperti yang di peringkatkan oleh ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.



Ahad, 14 Ogos 2011

Pertanyaan Imam Ghazali Kepada Anak Muridnya


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

1
PERTAMA
Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185 di bawah
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”

2
KEDUANYA
Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

3
KETIGA
Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: "Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Sila rujuk surah al-A'raf ayat 179 di bawah
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”

4
KEEMPAT
Belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

5
KELIMA
Beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : "Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

6
KEENAM
Beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Rupanya Kita “Boleh” Mengumpat....


Jenis-jenis umpatan yang dibolehkan

ORANG YANG TERANIAYA
Orang yang teraniaya boleh mengadu kepada pemerintah perihal individu yang menganiaya dirinya.

MEMOHON BANTUAN
Dibolehkan mendedahkan keburukan seseorang kepada pihak berkuasa dengan tujuan mencegah pelakunya daripada melakukan kemungkaran.

MEMINTA FATWA
Seseorang individu boleh mendedahkan aib orang menzaliminya bagi mendapatkan pandangan dan hukum daripada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa.

MENGAMBIL PENGAJARAN DAN UNTUK MENCEGAH PEMALSUAN
Umpatan sebegini dibolehkan sebagaimana ulama’ hadis mencela dan menyebut keburukan kerana golongan pemalsu hadis untuk menjaga kesucian tinggalan Nabi SAW.

MELAKUKAN MAKSIAT SECARA TERANG-TERANGAN
Dibenarkan menceritakan keburukan orang yang melakukan maksiat secara terbuka bagi mengelakkan orang lain terpengaruh dengannya.

SEBAGAI TANDA PENGENALAN
Dibenarkan jika nama sebenarnya tidak diketahui.

Sumber : Iman Nawawi dalam Riyadhus Salihin.