Pengunjung Setia

Jumaat, 26 Ogos 2011

CINTA SUCI - Dapat Merasai Hukuman Allah


A
pabila menyebut soal cinta, selalu orang merujuk kepada lelaki dan wanita yang sedang dilamun cinta. Bahkan kebanyakan orang bertanggapan negatif terhadap cinta. Kononnya cinta membawa kepada gejala dosa dan maksiat. Adakah tanggapan itu benar?

Realitinya, orang yang bercinta dalam kalangan lelaki dan wanita tidak menghasilkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Hanya sedikit sahaja orang yang bercinta membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Jurang kedua-dua ini menunjukkan bahawa cinta itu suci tetapi dicemari oleh keimanan yang lemah.

Cinta seharusnya tidak disempitkan skopnya. Bahkan tidak salah percintaan antara lelaki dengan wanita. Bukankah terdapat sebuah hadith yang menyebut bahawa tujuh golongan yang dilindungan arasy yang salah satunya ialah pasangan yang bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah?

Sebenarnya cinta seseorang sama ada terhadap wanita, keluarga, harta, mahupun negara ada kaitannya dengan Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau apapun bentuk cinta seseorang, mestilah kerana Allah dan rasul-Nya. Cintanya kerana kehendak Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Meskipun seseorang lelaki bercinta dengan wanita, dia tetap menghormati larangan Allah lalu dia tidak berdua-duaan. Dia memuliakan wanita tersebut kerana Rasulullah s.a.w. memuliakan wanita lalu tidak mahu merosakkan maruahnya. Mereka menyedari hukuman Allah.

Tetapi semua itu tidak berlaku pada zaman ini, mereka bercinta bukan kerana Allah dan Rasulullah s.a.w. tetapi kerana nafsu dan syaitan. Oleh sebab itulah pada saat kemuncak percintaan mereka akan berlaku perkara yang tidak diingini. Akhirnya mereka terpaksa berkahwin dalam keadaan bakal isterinya hamil.

Hakikatnya mereka bukan bercinta tetapi berniat jahat menzalimi diri sendiri dan menganiaya orang lain. Cinta yang dilafazkan mempunyai kepentingan peribadi. Sedangkan wanita itu tertipu kerana kejujuran cintanya. Tetapi cintanya itu tidak kerana Allah dan rasul-Nya.

Oleh hal yang demikian, umat Islam perlu akur dengan perintah Allah ini kerana sesuatu yang disuruh ada faedahnya. Sebaliknya sesuatu yang dilarang ada manfaatnya kepada mereka. Jika manusia mengikutnya, pasti mereka beroleh ke selamatan dan kebahagiaan.

Begitu juga halnya kalau kita mencintai harta dan segala milik kita di dunia ini, sewajarnya dipelihara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Dalam hal ini Allah memerintahkan manusia membayar zakat. Oleh sebab itu, walaupun terlalu cinta pada harta, mereka tetap kena mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah.
Kalau umat Islam dan manusia sejagat dapat meletakkan cinta pada tahap yang disebut di atas, pasti mereka akan taat kepada Allah pada semua perintah Allah. Dalam masa yang sama mereka tidak akan melakukan dosa dan maksiat sama ada sewaktu berada di tempat gelap, apatah lagi jika berada di khalayak ramai.

Orang yang meletakkan cinta di tahap itu bererti mereka benar-benar cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Hakikat inilah yang patut difahami oleh umat Islam dan manusia seluruhnya. Inilah dua cinta dalam satu yakni dapat dua cinta dalam satu pakej.

Dalam hal ini jika seseorang itu bercinta tetapi tidak merasai kewujudan Allah lalu membelakangkan hukum Allah, mereka bukanlah orang yang beriman. Inilah barangkali yang dikatakan "cinta itu buta", mereka tidak dapat melihat pencipta alam walaupun dia mengagumi alam itu.

Allah S.W.T. Menolak 1 Doa Daripada 3 Doa Rasulullah S.A.W.

sekadar gambar hiasan

Untuk Renungan Bersama....

"Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.


2
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.


3
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak). Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ? 

Ahad, 21 Ogos 2011

Bidadari Syurga ('Ainul Mardhiah)

sekadar gambar hiasan

B
idadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat di dunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya adakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikannya sungguh mengagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantik dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.


Seksa/Azab Kubur


Gambar di atas adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu hospital di Oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di ke bumikan yang di saksikan oleh ayahnya. Pemuda tersebut meninggal dunia di rumah sakit dan setelah di mandikan di makamkan secara Islam pada hari itu juga. Tetapi setelah pengebumian, ayahnya merasa ragu atas diagnosis doktor dan mahukan untuk di identifikasi kebenaran penyebab kematiannya. 
Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut sewaktu mereka melihat keadaan mayat itu . Mayat tersebut begitu berbeza dalam 3 jam. Dia kelihatan bertukar warna ke abu-abuan seperti orang yang sudah tua menunjukkan bekas seksaan dan pukulan yang amat kuat dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur hingga ke hujungnya dan sehingga menekan ke badannya.  
Seluruh badan dan mukanya hancur. Matanya yang terbuka memberitahu ketakutan, kesakitan dan penyesalan. Darah yang begitu jelas menandakan bahawa pemuda tersebut sedang mendapatkan seksaan yang amat berat.
Semua kejadian yang berlaku ke atas pemuda itu adalah berdasarkan Ilmu pengetahuan tentang Islam yang mana tidak dapat dimungkiri lagi keterangannya bahawa seksa kubur itu adalah benar seperti yang di peringkatkan oleh ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.



Ahad, 14 Ogos 2011

Pertanyaan Imam Ghazali Kepada Anak Muridnya


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

1
PERTAMA
Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185 di bawah
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”

2
KEDUANYA
Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

3
KETIGA
Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: "Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Sila rujuk surah al-A'raf ayat 179 di bawah
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”

4
KEEMPAT
Belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

5
KELIMA
Beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : "Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

6
KEENAM
Beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Rupanya Kita “Boleh” Mengumpat....


Jenis-jenis umpatan yang dibolehkan

ORANG YANG TERANIAYA
Orang yang teraniaya boleh mengadu kepada pemerintah perihal individu yang menganiaya dirinya.

MEMOHON BANTUAN
Dibolehkan mendedahkan keburukan seseorang kepada pihak berkuasa dengan tujuan mencegah pelakunya daripada melakukan kemungkaran.

MEMINTA FATWA
Seseorang individu boleh mendedahkan aib orang menzaliminya bagi mendapatkan pandangan dan hukum daripada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa.

MENGAMBIL PENGAJARAN DAN UNTUK MENCEGAH PEMALSUAN
Umpatan sebegini dibolehkan sebagaimana ulama’ hadis mencela dan menyebut keburukan kerana golongan pemalsu hadis untuk menjaga kesucian tinggalan Nabi SAW.

MELAKUKAN MAKSIAT SECARA TERANG-TERANGAN
Dibenarkan menceritakan keburukan orang yang melakukan maksiat secara terbuka bagi mengelakkan orang lain terpengaruh dengannya.

SEBAGAI TANDA PENGENALAN
Dibenarkan jika nama sebenarnya tidak diketahui.

Sumber : Iman Nawawi dalam Riyadhus Salihin.

Lailatul Qadar (Malam Yang Lebih Baik Dari 1000 Bulan)


Sesungguhnya bertuahlah bagi orang yang beriman iaitu mereka yang bersungguh-sungguh untuk bangun menghayati dan menghidupkan Ramadan. Hal ini kerana, pada sepuluh yang terakhir ini mereka akan didatangi satu malam istimewa iaitu lailatulqadar yang bermaksud malam al-Qadr. Sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang besar ini tidak pernah diberikan kepada umat-umat yang terdahulu melainkan kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Kemuliaan serta kelebihan lailatulqadar ini banyak disebut dalam hadis-hadis Nabi.

Dalam Quran Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamilah yang menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadr. Adakah kamu tahu (wahai Muhammad) apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan”
(Al-Qadr: 1-3)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”
(Riwayat Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis Nabi yang lain, Nabi s.a.w. pernah menceritakan bahawa seorang lelaki daripada bani Israel telah diberi kelebihan oleh Allah Taala untuk beribadat sepanjang malam, kemudian berjihad menentang musuh pada siang harinya selama seribu bulan. Dalam cerita lain menyatakan, ada empat orang daripada bani Israel beribadah kepada Allah selama lapan puluh tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran. Ada di kalangan sahabat Rasulullah berasa hairan dan kagum dengan cerita tersebut dan kemudian Jibrail datang memberitahu Nabi s.a.w. bahawa Allah s.w.t. telah menurunkan yang lebih baik daripada itu, lalu dibaca surah al-Qadr.

Para ulama berbeza pendapat bagi menentukan tarikh tepat LailatulQadar. Tetapi mereka bersepakat bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada bulan Ramadan terutamanya pada sepuluh malam terakhir. Pastinya ada hikmah tertentu mengapa Allah s.w.t. menyembunyikan rahsia malam tersebut daripada pengetahuan manusia. Di antara sebabnya kita dituntut agar bersungguh-sungguh beribadat sepanjang masa pada bulan Ramadan dengan tidak membezakan satu hari pun daripada yang lainnya.

Secara logiknya kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sembarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya cukup makan serta memilih malam tertentu sahaja. Mukmin yang benar-benar jujur, khusyuk dan istiqamah dalam beribadah akan berpeluang cerah untuk bertemu Lailatul Qadar ini.

Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.ha. berkata:
Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami''
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Dalam masyarakat Melayu terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar ini. Kononnya, kejadian yang ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk sujud ke bumi, malaikat turun berupa manusia dan sebagainya berlaku disebabkan kehadiran Lailatul Qadar. Kejadian itu tidak semuanya betul. Imam Thabari menegaskan bahawa untuk menemui malam Lailatul Qadar tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan dapat
melihat sesuatu atau mendengarnya. Amalan berjaga atau menunggu air paip menjadi beku wajar ditukarkan kepada amal ibadah yang berfaedah!

Biasanya pada sepuluh akhir inilah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tidak lagi mendekati isteri-isteri mereka dan tumpuan lebih kepada memperbanyakkan amal ibadah di masjid seperti solat tarawih, solat tahajud, solat witir, sentiasa berzikir kepada Allah dan membaca al-Quran. Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah tersebut bukan hanya setakat diri baginda sahaja, tetapi baginda mengejutkan ahli keluarga bangun bersama-sama beribadah

Dalam sebuah munajat, Nabi Musa a.s. pernah mengadu kepada Allah Taala: ``Ya Allah wahai Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali dengan-Mu.'' Kemudian Allah s.w.t. berfirman, Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hamba-Ku yang bangun pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. berkata lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan Rahmat-Mu itu.'' Allah s.w.t. berfirman pula: Wahai Musa! Sesungguhnya Rahmat-Ku itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang miskin pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. bermunajat lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi titian Siratul Mustakim pada hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar.'' Firman Allah s.w.t., Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan memperolehnya dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. bermohon lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurga-Mu sambil dapat pula memakan buah-buahnya.'' Firman Allah s.w.t., Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperoleh niatmu itu tetapi banyakkanlah bertasbih serta bersungguh-sungguhlah mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. berkata pula, ``Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku daripada azab neraka jahanam-Mu. Allah s.w.t. berfirman, Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepada-Ku dengan beristighfar pada malam Lailatul Qadar sehingga ke waktu subuh.

Akhirnya Nabi Musa a.s. bermohon lagi, ``Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahilah keredhaan-Mu itu buat diriku ini. Allah s.w.t. berfirman Wahai Musa! Sesungguhnya keredhaan-Ku itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat dua rakaat pada malam Lailatul Qadar.

BERUNTUNGLAH KITA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG BEROLEH ANUGERAH SEBESAR INI. SESUNGGUHNYA RUGILAH PULA ORANG YANG SEDIKIT PUN TIDAK BERUSAHA UNTUK MEREBUT PELUANG INI SEHINGGA LUPUT BULAN RAMADAN. SEDANGKAN, NABI MUSA A.S. KETIKA HAYATNYA PERNAH BERMUNAJAT DAN PERNAH MEMOHON KEPADA ALLAH S.W.T. AGAR MEMASUKKAN BAGINDA DALAM GOLONGAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khamis, 11 Ogos 2011

Ana dan Politik... Kenapa Ana Tidak Mengambil Politik Sebahagian Daripada Hidup Ana ?


Sahabat-sahabat sering bertanya kepada ana “syeikh nape x join politik ?” “nape x ambil politik sebahagian daripada hidup anta ?’ malah ada di antara mereka yang mengatakan ana adalah golongan “sekularisme” yang mana memisahkan politik dengan agama...

Dan ada di antara mereka menggunakan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya” untuk memperkukuhkan hujah mereka yang mana politik adalah sebahagian daripada Islam.

Tapi bukankah Nabi telah berpesan adalah lebih baik kita tinggalkan perkara yang membuatkan kita was-was....

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a.beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Fikir ana mula terbentuk untuk tidak menyertai politik sewaktu ana berada di bangku sekolah rendah. Satu ketika dua parti politik yang agak gah namanya mengadakan kempen untuk meraih undi di kampung ana dan jamuan ringan disediakan bagi mereka yang hadir.... Ana yang ketika itu masih tidak tahu apa-apa tentang politik pergi dan sertai kempen kedua-dua parti ini dengan niat datang untuk makan.

Hasilnya.... ana menjadi was-was untuk menyertai politik kerana kedua-dua parti politik ini sentiasa memburuk-burukkan lawannya untuk meraih undi penduduk kampung ana... Bagi ana kalau betul apa yang mereka perkatakan bukankah itu “MENGABIKAN” dan andai kata apa yang mereka perkatakan itu adalah salah dan sengaja di ada-adakan bukankah itu “FITNAH”....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Maksudnya firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah dan bahaya kepada orang-orang yang mukmin sama ada lelaki atau perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan beroleh azab neraka yang kuat membakar”.
Al-Buruj ayat 10

Bermula saat itu minat ana terhadap politik berkurang dan perasaan was-was dalam diri mula bertambah sehingga ke hari ini....

Bagi ana, ana tidak mengambil atau menyertai mana-mana parti politik bukan bermakna ana membenci mereka yang mengambil politik sebahagian daripada hidup mereka. Perumpamaannya seperti sejenis makanan, ana tidak suka makan makanan tersebut bukan bermakna ana membenci makanan itu kerana sememangnya makanan itu adalah halal....

Tidak dinafikan juga keluarga ana mengambil politik sebahagian daripada hidup mereka... Ibu ana adalah ketua wanita sebuah parti politik di kampung ana dan abah ana adalah pengundi tetap untuk sebuah parti politik di kampung ana...

Ana hargai prinsip hidup sahabat-sahabat yang mengambil politik sebahagian daripada hidup mereka dan ana tidak pernah membenci mereka kerana mereka adalah saudara seislam ana dan sahabat seperjuangan ana.

Bagi ana, ana tidak mahu disebabkan berbezanya pandangan politik (fikrah) kita tidak boleh duduk semeja makan bersama, bergurau sama dan sembang sama.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Seorang sahabat juga pernah bertanya kepada ana “macam mana kalau zaujah anta mengambil politik sebahagian daripada hidupnya ?” ana menjawab “InsyaAllah ana akan menerima, menyayangi dan mencintai dia sepenuh hati ana kerana dia adalah zaujah ana, pendamping ana, penyejuk hati ana dan amanah Allah pada ana”...