Pengunjung Setia

Isnin, 23 Ogos 2010

ASMAUL HUSNA





Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah  mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga."  Sahih Bukhari. 

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu. (al-A'raaf (7) : 180)

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi
25. Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami' - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-'Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-'Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu'id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta'ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-'Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi' - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

SUARA PEREMPUAN DAN FATWA MENGENAI BERTELEFON DENGAN PEREMPUAN


Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3 

Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.

Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli, meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu, menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya. Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.

Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa, anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu, lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu
(melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32, "Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang
perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."

1)         Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata, "Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan ungkapannya."

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata, "Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki."

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.

2)         Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan
menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3)         Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur'an, "seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa."

4)         Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.

5)         Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi. Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.

6)         Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.

7)         Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.

Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini? Mereka adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin yang tidak diinginkan oleh lelaki yang jahat, yang tidak menggoyangkan bayangan lelaki yang tidak baik, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali
imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari semua zaman. Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana. Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin. Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari dasarnya. Itu pada zaman kenabian.

Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?! Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini, perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks, setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya dari para hambaNya yang terpilih??!!

Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa
terdekat atau dalam jangka masa panjang.



FATWA

[Fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan dalam kitab Pilihan Daripada Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3 halaman 163-164].


HUKUM BERBUAL-BUAL ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG SUDAH BERTUNANG MELALUI TELEFON


Soalan:

Seorang lelaki berbual-bual dengan tunangnya melalui telefon, adakah perbuatan itu diharuskan menurut syarak ataupun tidak?

Jawapan:

Perbualan lelaki kepada tunangnya melalui telefon adalah tidak mengapa bila keadaan perhubungan mereka selepas lamaran lelaki itu diterima. Keadaan perbualan itu adalah untuk saling faham memahami dengan kadar yang diperlukan dan tidak akan menimbulkan sebarang fitnah. Perbuatan itu adalah melalui walinya dan melakukan perbualannya tidak menimbulkan sebarang keraguan.

Adapun perbualan yang berlaku antara lelaki ajnabi bersama wanita ajnabiah dan antara pemuda ajnabi bersama pemudi ajnabiah, sedangkan tidak adanya antara mereka ini hubungan pertunangan, hanya semata-mata untuk berkenal-kenalan sebagaimana yang mereka istilahkannya, maka perbuatan ini adalah termasuk kemungkaran, perkara yang diharamkan, mendorong kepada perbuatan fitnah dan akhirnya akan terjerumus kepada perbuatan kemaksiatan.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 32,
"Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan." (Ayat ini mengajar supaya wanita-wanita tidak bercakap-cakap dengan lemah lembut kepada lelaki ajnabi. Sekiranya ada keperluan, mereka hendaklah bercakap dengan tegas, tegap tetapi sopan kerana lelaki ajnabi seringkali menaruh harapan kepada wanita-wanita yang bersikap lemah lembut).

Seseorang wanita ajnabiah tidak boleh bercakap dengan lelaki ajnabi melainkan sekadar keperluan, dengan percakapan sopan yang tidak adanya fitnah dan tidak ada keraguan. Malah, ulamak memberikan keterangan bahawa seseorang wanita yang sedang berihram pun ketika hendak bertalbiah tidak boleh mengangkatkan suaranya. Di dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Sekiranya kamu hendak memberikan sesuatu peringatan di dalam sembahyang kamu, hendaklah mengucapkan tasbih bagi lelaki dan menepukkan belakang tapak tangan bagi wanita." Hadis ini menunjukkan bahawa seseorang wanita ajnabiah tidak boleh memperdengarkan suaranya kepada lelaki ajnabi melainkan pada situasi-situasi yang dihajatkan untuk bercakap dengan lelaki ajnabi dengan syarat melakukannya dalam keadaan malu dan sopan. Wallahu A'lam.


HUKUM MENDENGAR SUARA WANITA MELALUI TELEFON

[Fatwa as-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jubairin. Dinukil dari kitab Fatawa Wanita Muslimah jilid 1 halaman 434 cetakan Adhwaus Salaf].

Soalan:

Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara wanita ajnabiah melalui talian telefon atau melalui peralatan talian perhubungan lain?

Jawapan:

Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu
perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Tetapi, sebahagian ulamak mengharuskan seseorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri-isteri para Sahabat RA pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebilangan lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut dengan syarat tidak adanya sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan gerakan syahwat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya menjawab persoalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya melalui talian telefon. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah di dalam hal yang sangat diperlukan untuk melakukannya, percakapan mereka akan
menghasilkan faedah syarak bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak mengeluarkan suara yang lembut lagi tidak mempunyai faedah, tidak akan menyebabkan kepada pengaruh syahwat dari salah seorang dari keduanya. Yang lebih utama, mereka hendaklah meninggalkan perbualan itu melainkan ketika tersangat perlu.

WANITA NAIK TEKSI KESEORANGAN BERSAMA PEMANDUNYA

[Kumpulan Fatwa dan Risalah as-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali as-Syeikh jilid 10 halaman 52-54].

Soalan:

Apakah hukumnya seorang wanita menaiki teksi bersama tuan punya teksi itu tanpa bersamanya mahramnya?

Jawapannya:

Tidak ada sebarang keraguan lagi bahawa seorang wanita ajnabiah yang menaiki teksi bersama dengan pemandu teksi itu keseorangan tanpa ada mahramnya yang menyertainya adalah satu kemungkaran yang amat nyata. Perbuatan itu akan menyebabkan kepada pelbagai kemaksiatan yang tidak boleh dipandang remeh sama ada wanita itu seorang yang pemalu atau yang agak berani. Lelaki yang merasa redha terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mahramnya ini adalah dianggap sebagai lemah agamanya, tidak sempurna kelelakiannya dan tidak cemburukan terhadap mahramnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Seseorang lelaki tidak bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan keadaan syaitan adalah yang ketiganya."

Seseorang wanita menaiki teksi bersama dengan pemandunya adalah dianggap lebih bahaya dari mereka bersunyi-sunyian di dalam sebuah rumah dan sebagainya kerana pemandunya boleh membawa wanita itu pergi bersamanya ke mana dia suka sama ada di kawasan berdekatan ataupun jauh di luar bandar, sama ada wanita itu suka ataupun bencikannya. Perbuatan tersebut akan menyebabkan kepada kemaksiatan yang lebih besar daripada yang disifatkan sebagai bersunyi-sunyian semata-mata.

Tidak tersembunyi lagi, perkara itu timbul kerana terdapatnya pengaruh fitnah wanita dan kemaksiatan yang akan bakal terjadi kepada wanita tersebut. Dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Aku tidak meninggalkan selepas zaman aku ini sebuah fitnah terhadap seseorang lelaki yang lebih berbahaya yang berpunca daripada wanita."

Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, "Hendaklah kamu takutkan terhadap situasi dunia dan takutkanlah kepada kerenah para wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang terjadi pada Bani Israel adalah berpunca dari wanita."

Kerana inilah dan lainnya yang terjadi di dalam permasalahan ini dan untuk mengambil apa yang dimaksudkan sebagai satu kemaslahatan umum serta satu kemestian yang bersifat wajib di segi agama, maka kita semua diwajibkan menetapkan untuk melarang mana-mana wanita ajnabiah menaiki teksi bersama dengan pemandunya secara berseorangan tanpa orang yang menemaninya sama ada mahramnya, orang yang dapat mewakili tempat mahramnya atau penjaganya yang mempunyai sifat amanah serta dikenali sifat baiknya.

Orang yang bertanggungjawab hendaklah memastikan terhadap permasalahan ini dengan serius dan tegas. Kalau boleh, hendaklah membentuk satu lajnah dan menentukan hukuman yang sesuai mengikut kesesuaian orang yang melanggar ketentuan larangan ini. Sesiapa sahaja yang melanggar ketentuan hukum ini, hendaklah dijalankan hak balasan hukumnya yang telah ditetapkan, contohnya pemandu teksi dikenakan denda yang berbentuk wang. Sekiranya pemandu itu mengulangi perbuatannya buat kali kedua, maka denda itu digandakan sebanyak 2 kali ganda dan dipenjara sebanyak tempoh yang ditentukan serta ditakzir menggunakan cemeti. Sekiranya pemandu itu mengulangi perbuatannya sebanyak 3 kali, digandakan dendanya, tempoh penjaranya ditambah, bilangan takzir dan ditarik semula lesen pemandunya kerana mempermain-mainkan tugas pekerjaan sebagai pemandu teksi. Wanita yang menaiki teksi seorang diri itu juga dikenakan hukuman takzir. Walinya yang merasa redha terhadap perbuatan anak wanitanya juga dikenakan hukuman takzir juga.

Sebelum itu, pihak yang bertanggungjawab terhadap permasalahan ini hendaklah mengiklankan hukuman itu di dalam suratkhabar dan siaran radio untuk memperingatkan orang ramai terlebih dahulu. Ketua Polis, Ketua Lalulintas dan Askar-askar penyelamat juga hendaklah sentiasa
mengawasi permasalahan ini. Begitu juga dengan Pusat-pusat Pemerhati bersama dengan peranan mereka masing-masing dan anggota bertindak. Mereka yang bertanggungjawab hendaklah menasihati kepada para wanita dan orang-orang yang berada di bawah jagaannya terhadap segala urusan yang mereka lakukan, mengingatkan mereka segala apa yang diperbuat dan menakut-nakutkan mereka lantaran kurangnya ketaatan mereka. Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Para lelaki akan binasa sekiranya mereka taatkan terhadap arahan wanita."

Di dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, "Aku tidak pernah melihat wanita-wanita yang kurang berfikirnya dan agamanya itu lebih berjaya jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai akal untuk berfikir."


PERHUBUNGAN INTIM SEBELUM BERKAHWIN

[Fatwa as-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin].

Soalan:

Apakah pandangan agama tentang perhubungan wanita dengan lelaki sebelum berkahwin?

Jawapan:

Soalan orang yang bertanya adalah mengenai mereka yang belum berkahwin. Jika seseorang wanita itu mempunyai niat hendak berkahwin, kemudian melakukan akad nikah dan dia belum melakukan persetubuhan dengan suaminya, maka perbuatan perhubungan dengan suaminya itu tidak mengapa. Dengan sebab adanya akad nikah, wanita itu sudah menjadi seorang isteri sekalipun belum berlakunya perlakuan persetubuhan.

Adapun keadaan seseorang yang belum berakad nikah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum bertunang lagi, perkara itu adalah diharamkan dan tidak diharuskan. Seseorang lelaki ajnabi tidak diharuskan untuk berseronok-seronok bersama seseorang wanita ajnabiah. Lelaki ajnabi
dan wanita ajnabiah tidak boleh berbual-bual, tidak boleh saling pandang-memandang dan tidak boleh berdua-duaan. Sesungguhnya sudah pasti daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda yang bermaksud, "Seseorang lelaki sungguh tidak boleh bersunyi-sunyian dengan seorang wanita kecuali bersama dengan mahram. Seseorang wanita tidak boleh bermusafir melainkan bersama mahramnya."

Kesimpulannya, sekiranya keadaan perlakuan mereka ini selepas mereka melakukan akad nikah, maka tidak mengapa. Seseorang lelaki masih lagi diharamkan untuk berinteraksi secara bebas dengan wanita yang masih lagi ajnabiah baginya.

LELAKI MELIHAT WANITA TUNANGANNYA

Soalan:

Sebahagian daripada sebab berlakunya perceraian ialah bakal suami tidak pernah melihat kepada bakal isterinya sebelum mereka bernikah sedangkan agama Islam kita mengharuskan perbuatan tersebut. Apakah ulasan ustaz mengenai tajuk ini?

Jawapan:

Tidak diragukan lagi bahawa bakal suami yang tidak pernah melihat bakal isterinya sebelum bernikah kadang-kadang boleh menyebabkan kepada perceraian kerana kemungkinan bakal suaminya mendapati sifat-sifat yang ada pada bakal isterinya itu tidak sesuai dengan nalurinya. Kerana sebab inilah, Allah SWT telah mensyarakkan kepada bakal suami agar melihat kepada bakal isterinya sebelum bernikah mengikut syarat-syarat yang dibolehkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang lelaki dari kamu sudah melamar seorang wanita, jika mampu lelaki itu hendaklah melihat kepada wanita tunangannya sehingga boleh mendorong lelaki itu untuk menikahi wanita tunangannya maka perbuatlah. Melihat bakal isterinya adalah lebih baik agar kehidupan antara keduanya akan sentiasa berkekalan." [Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dengan isnad yang baik. Hadis ini disahihkan oleh al-Hakim dari hadis Jabir RA].

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad, at-Termizi, an-Nasa'ie dan Ibnu Majah dari Mughirah bin Syu'bah RA bahawa beliau telah melamar seorang wanita. Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Hendaklah kamu lihat kepadanya kerana ianya adalah lebih baik untuk mengekalkan kehidupan antara kamu berdua." Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya dari Abi Hurairah RA bahawa seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah SAW bahawa beliau telah melamar seorang wanita. Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Adakah kamu sudah melihat kepadanya?" Lelaki itu menjawab, "Belum." Rasulullah menganjurkan, "Pergilah dan lihatlah
kepada wanita itu."

Hadis-hadis ini dan semua keterangan yang menunjukkan kepada maksud tersebut memaksudkan diperintahkan seseorang bakal suami itu melihat kepada bakal isterinya sebelum berlangsungnya akad pernikahan kerana pandang-memandang itu menghampirkan kepada persesuaian dan matlamat yang baik. Perkara ini adalah sebahagian daripada wahyu syariat yang cantik di mana ianya mempunyai tujuan memperbaiki akhlak hamba-hambaNya, kebahagiaan masyarakat sama ada pada masa ini mahupun pada masa akan datang. Maha Suci Allah yang telah memerintahkan perbuatan itu dan menetapkan hukumnya serta menjadikannya seperti kapal Nabi Nuh. Sesiapa sahaja yang menaiki ke dalam kapal itu, dia akan terselamat dan sesiapa sahaja yang keluar daripadanya, dia akan tenggelam.


DOKTOR MEMERIKSA AURAT WANITA UNTUK PENGUBATAN DAN MEREKA BERDUAAN

[Dinukil dari kitab Kumpulan Fatwa dan Risalah as-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali as-Syeikh jilid 10 halaman 12-13].

Soalan:

Apakah hukumnya seorang doktor yang memeriksa aurat seorang wanita untuk mengubati satu penyakit yang berada di kawasan aurat itu, ditambah lagi mereka berduaan di dalam sebuah bilik rawatan?

Jawapan:

Badan seseorang wanita adalah dianggap sebagai aurat (menurut pendapat sebahagian ulamak) dan tempat tumpuan kepada para lelaki ajnabi pada semua halnya. Kerana inilah, bagi seseorang wanita itu tidak sewajarnya membenarkan seorang lelaki ajnabi memeriksa badannya
atau mengubatinya.

Jika seorang doktor wanita tidak boleh didapati, maka tidak mengapa doktor lelaki mengubati pesakit wanita. Perkara ini diserupakan dengan hal keadaan yang dharurat tetapi dikaitkan dengan syarat-syarat yang diketahui. Kerana inilah, para ahli feqh berkata, "Sesuatu keperluan itu ditentukan dengan kadar yang diperlukan sahaja." Doktor lelaki itu tidak dihalalkan melihat sebahagian aurat wanita pesakitnya atau menyentuh badannya sekiranya sesuatu hajat tidak memerlukannya untuk melihatnya atau menyentuhnya. Pesakit wanita wajib menutup semua anggota tubuh badannya yang tidak dihajatkan untuk diperiksa ketika pengubatan sedang dijalankan.

Sekalipun semua tubuh badan wanita itu dianggap sebagai aurat (menurut pendapat sebahagian ulamak), aurat itu sendiri berbeza-beza. Sebahagiannya dinamakan sebagai aurat yang lebih berat (mughallazah) dan sebahagiannya yang lain dinamakannya aurat yang lebih ringan (muhaffafah). Sebagaimana juga dengan jenis penyakit yang diubati, kadang-kadang penyakit itu berbahaya yang tidak sepatutnya pengubatannya itu dilambatkan, kadang-kadang penyakit itu disebabkan perkara yang sedikit yang tidak merbahaya sekiranya dilambatkan pengubatannya sehingga mahramnya dapat hadir sama dan tidak menyebabkan kepada bahaya. Sebagaimana juga dengan wanita itu sendiri adalah berbeza-beza keadaannya Sebahagiannya adalah wanita yang sudah
lanjut usianya, sebahagiannya anak gadis yang cantik, setengahnya adalah wanita yang pertengahan, sebahagiannya wanita itu datang dalam keadaan terseksa dengan sebab penyakitnya, sebahagian wanita datang ke hospital tanpa terlihat padanya kesan-kesan penyakit, sebahagian wanita datang seolah-olahnya dalam keadaan separuh mabuk atau tidak sedarkan diri, sebahagiannya hanya memadai dengan diberikan pil dan sebagainya. Setiap wanita itu mempunyai hukumnya yang tersendiri.

Berdasarkan kepada semua hal, berdua-duaan dengan wanita ajnabiah adalah diharamkan di segi syarak sekalipun kepada doktor yang mengubatinya kerana terdapatnya sebuah hadis yang bermaksud, "Seseorang lelaki dan seorang wanita itu tidak berdua-duaan melainkan keadaan syaitan adalah yang ketiganya." Sewajarnya terdapatnya seseorang bersama dengan wanita pesakit itu sama ada suaminya atau salah seorang mahramnya yang lelaki. Sekiranya tidak ada, sekalipun daripada kaum kerabatnya yang perempuan. Sekiranya tidak ada seorang pun seperti yang disebutkan, sedangkan pesakit wanita itu dalam keadaan bahaya dan tidak boleh ditangguhkan pengubatannya, maka sekurang-kurangnya jururawat wanita atau seumpamanya ada hadir bersama dengan pesakit wanita itu untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi berdua-duaan yang dilarang.


HUKUM WANITA MEMAKAI PAKAIAN SEMPIT DI HADAPAN WANITA LAIN

[Kumpulan Fatwa dan Risalah as-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali as-Syeikh jilid 10 halaman 52-54].

Soalan:

Adakah seseorang wanita yang memakai pakaian sempit ketika beliau berada di hadapan wanita lain termasuk di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olahnya bertelanjang..."?

Jawapan:

Tidak syak lagi bahawa seseorang wanita yang memakai sesuatu pakaian sempit yang boleh menjelmakan susuk tubuh badannya adalah tidak diharuskan melainkan ketika beliau berada di sisi suaminya sahaja. Adapun, ketika seseorang wanita itu berada dekat dengan orang lain, beliau tidak diharuskan memakai pakaian yang sempit sekalipun beliau pada ketika itu berada di hadapan wanita lain kerana perbuatan beliau itu adalah dianggap sebagai contoh yang tidak baik kepada orang yang memandangnya. Sekiranya seseorang wanita memakai pakaian seperti ini, kemungkinan wanita lain yang melihatnya akan terikut sama untuk memakainya juga sedangkan beliau diperintahkan untuk menutup auratnya menggunakan pakaian labuh dan sebarang penutup dari pandangan semua orang kecuali ketika berada di sisi suaminya. Seseorang wanita hendaklah menutup auratnya dari pandangan wanita lain sebagaimana beliau menutup auratnya ketika berada di hadapan lelaki ajnabi. Semua anggota seseorang wanita hendaklah ditutup kecuali anggota yang pada kebiasaannya boleh dibuka ketika berada di hadapan wanita lain
seperti muka, dua tangannya dan kedua kakinya kerana ianya termasuk dari anggota yang diperlukan untuk membukanya.


HUKUM WANITA BERCAKAP-CAKAP DENGAN PENJUAL PAKAIAN

[Dinukil dari kitab Pilihan dari Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3 halaman 156-157].

Soalan:

Apakah hukumnya seorang wanita bercakap-cakap dengan tuan punya kedai pakaian atau tukang jahit? Diharapkan ustaz dapat memberikan sedikit kalimah taujihat yang sempurna kepada para wanita

Jawapan:

Seseorang wanita bercakap-cakap dengan peniaga sebagai perbualan yang dikadarkan dengan keperluannya dan tidak ada padanya sebarang fitnah adalah tidak mengapa. Keadaan percakapan wanita dengan lelaki itu dianggap sebahagian daripada keperluan dan urusan yang tidak ada fitnah padanya dan berlakunya di dalam batasan-batasan yang diperlukan. Sekiranya perbualan itu disertai dengan ketawa, senyuman atau suara yang menggoda, maka perkara ini diharamkan dan tidak diharuskan.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 33 kepada isteri-isteri Nabi SAW yang bermaksud, "Maka janganlah kamu bercakap dengan lemah lembut. Perkara itu akan menyebabkan lelaki ajnabi yang mempunyai penyakit di dalam hatinya akan menaruh harapan. Berkatalah dengan perkataan yang sopan." Perkataan yang sopan adalah apa yang diketahui
oleh orang ramai dengan sekadar keperluannya. Adapun perkataan yang melebihi dari itu, iaitu dengan cara ketawa, senyuman, dengan mengeluarkan suara yang menggoda dan selainnya, atau membuka aurat di hadapannya, membuka lengannya atau lainnya, semua ini adalah diharamkan, kemungkaran, perkara yang menyebabkan kepada fitnah dan daripada sebab-sebab terjadinya kemaksiatan.

Seseorang wanita Muslimah yang dianggap sebagai takutkan azab Allah SWT hendaklah beliau bertaqwa kepada Allah SWT, tidak bercakap dengan lelaki ajnabi dengan percakapan yang boleh menarik perhatian mereka dan menggoda hati mereka. Jauhkanlah perkara ini. Sekiranya berhajatkan juga pergi ke kedai peniaga lelaki atau ke mana-mana tempat pun yang ada lelaki ajnabi, maka hendaklah dengan keadaan kesopanan, menutup aurat dan berkelakuan dengan adab-adab Islam. Apabila terpaksa bercakap dengan lelaki ajnabi, bercakaplah dengan perkataan yang sopan yang tidak menggoda dan tidak ada keraguan.

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR


Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan." Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin.

Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi." Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi." Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik.

Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal.

Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun." Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati.

Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna." "Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu…..

Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam.

Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari." Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan."

BERITA AKHIRAT

Allah berfirman yang maksudnya “Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” Hud-114

               Diriwayatkan di dalam hadis Rasul s.a.w (maksudnya) : “sesiapa yang meninggalkan 1 waktu Solat Fardhu dengan sengaja, waktu azabnya di dalam Neraka adalah bersamaan dengan 1 hukub.  Lamanya 1 hukub adalah bersamaan dengan 80 tahun Akhirat.

               Diriwayatkan di dalam hadis Rasul s.a.w., 1 hari Akhirat adalah bersamaan dengan 1000 tahun Dunia.

               Oleh itu dari persamaan di atas MENINGGALKAN 1 WAKTU SOLAT FARDHU  adalah bersamaan dengan 28.8x JUTA TAHUN WAKTU DUNIA azab di dalam Neraka Allah s.w.t... Nauzubillahminzalik.

               Seringan-ringan azab Neraka adalah azab Abdul Mutalib, iaitu dipakaikan selipar api yang mana otaknya akan menggelegak seperti air di atas jerangan.

               Maka mari kita pakat-pakat hitung berapa banyak solat fardhu 5 waktu yang telah kita tinggalkan dengan sengaja. Mari kita pakat-pakat hitung berapa lama kita akan bermastautin di dalam Neraka Allah s.w.t. Mari kita pakat-pakat taubat dan beristighfar pada Allah s.w.t, sesungguhnya kerahiman Allah s.w.t. itu sangat luas.

Jazakallah

* (80x360x1000) = 28,800,000
·         360 hari dalam setahun tahun hijrah.

              Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 (maksudnya)...  “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kamu  yang kafir.”

Sabtu, 14 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan


 Sejarah Ramadhan
  1. Ramadhan: ertinya panas terik
  2. Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
  6. Di pilih untuk ibadat puasa.
  7. Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
  1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
  2. Bulan penuh keberatan
  3. Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
  4. Amal sunat sama dengan solat fardhu
  5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi buka banyak pahala
  9. Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
  1. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan
  3. Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
  7. Solat berjemaah setiap waktu
  8. Solat jemaah di masjid/surau
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  10. Sahur diwaktu akhir
  11. Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  12. Mandi Janabat sebelum Imsak
  13. Kurangkan tidur
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha
  16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan solat Rawatib
  18. Jaga pacaindera
  19. Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  20. hadiri majlis ilmu
  21. Buat baik pd ibubapa
  22. Isteri hendaklah taat pd suami
  23. Banyakkan bersedekah
  24. Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  25. Berbuka bersama org tua
  26. Jemput tetamu berbuka
  27. Kurangkan berat badan
  28. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  29. Baiki hubungan suami isteri
  30. Baiki hubungan jiran
  31. Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
  32. Elakkan berbelanja berlebihan
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  36. Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
  37. Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
  39. Berdoa dgn nada lembut dan merayu
  40. Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
  41. Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
  42. Melazimkan solat waktu
  43. Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  44. Elakkan banyak berhutang
  45. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  46. Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
  1. Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
  2. Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
    * Baca ayat akhir surah Al Baqarah
    * Baca ayat Kursi
    * Baca surah Yaasin
    * Baca surah Al Zalazah
    * Baca surah Al Qafirun
    * Baca surah Al Ikhlas
  1. Bagi orang yamg kuat dan cergas
    * Bangunkan isteri dan anak
    * Mandi
    * Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

* Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Salam Ramadhan

alhamdulillah.... akhirnya dengan keizinan-Nya tercipta juga blog ana nie... Salam perkenalan buat antum/bloger semua...