Sahabat-sahabat sering bertanya kepada ana “syeikh nape x join politik ?” “nape x ambil politik sebahagian daripada hidup anta ?’ malah ada di antara mereka yang mengatakan ana adalah golongan “sekularisme” yang mana memisahkan politik dengan agama...
Dan ada di antara mereka menggunakan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya” untuk memperkukuhkan hujah mereka yang mana politik adalah sebahagian daripada Islam.
Tapi bukankah Nabi telah berpesan adalah lebih baik kita tinggalkan perkara yang membuatkan kita was-was....
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a.beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Fikir ana mula terbentuk untuk tidak menyertai politik sewaktu ana berada di bangku sekolah rendah. Satu ketika dua parti politik yang agak gah namanya mengadakan kempen untuk meraih undi di kampung ana dan jamuan ringan disediakan bagi mereka yang hadir.... Ana yang ketika itu masih tidak tahu apa-apa tentang politik pergi dan sertai kempen kedua-dua parti ini dengan niat datang untuk makan.
Hasilnya.... ana menjadi was-was untuk menyertai politik kerana kedua-dua parti politik ini sentiasa memburuk-burukkan lawannya untuk meraih undi penduduk kampung ana... Bagi ana kalau betul apa yang mereka perkatakan bukankah itu “MENGABIKAN” dan andai kata apa yang mereka perkatakan itu adalah salah dan sengaja di ada-adakan bukankah itu “FITNAH”....
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Maksudnya firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah dan bahaya kepada orang-orang yang mukmin sama ada lelaki atau perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan beroleh azab neraka yang kuat membakar”.
Al-Buruj ayat 10
Bermula saat itu minat ana terhadap politik berkurang dan perasaan was-was dalam diri mula bertambah sehingga ke hari ini....
Bagi ana, ana tidak mengambil atau menyertai mana-mana parti politik bukan bermakna ana membenci mereka yang mengambil politik sebahagian daripada hidup mereka. Perumpamaannya seperti sejenis makanan, ana tidak suka makan makanan tersebut bukan bermakna ana membenci makanan itu kerana sememangnya makanan itu adalah halal....
Tidak dinafikan juga keluarga ana mengambil politik sebahagian daripada hidup mereka... Ibu ana adalah ketua wanita sebuah parti politik di kampung ana dan abah ana adalah pengundi tetap untuk sebuah parti politik di kampung ana...
Ana hargai prinsip hidup sahabat-sahabat yang mengambil politik sebahagian daripada hidup mereka dan ana tidak pernah membenci mereka kerana mereka adalah saudara seislam ana dan sahabat seperjuangan ana.
Bagi ana, ana tidak mahu disebabkan berbezanya pandangan politik (fikrah) kita tidak boleh duduk semeja makan bersama, bergurau sama dan sembang sama.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Seorang sahabat juga pernah bertanya kepada ana “macam mana kalau zaujah anta mengambil politik sebahagian daripada hidupnya ?” ana menjawab “InsyaAllah ana akan menerima, menyayangi dan mencintai dia sepenuh hati ana kerana dia adalah zaujah ana, pendamping ana, penyejuk hati ana dan amanah Allah pada ana”...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam