Pengunjung Setia

Isnin, 23 Ogos 2010

BERITA AKHIRAT

Allah berfirman yang maksudnya “Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” Hud-114

               Diriwayatkan di dalam hadis Rasul s.a.w (maksudnya) : “sesiapa yang meninggalkan 1 waktu Solat Fardhu dengan sengaja, waktu azabnya di dalam Neraka adalah bersamaan dengan 1 hukub.  Lamanya 1 hukub adalah bersamaan dengan 80 tahun Akhirat.

               Diriwayatkan di dalam hadis Rasul s.a.w., 1 hari Akhirat adalah bersamaan dengan 1000 tahun Dunia.

               Oleh itu dari persamaan di atas MENINGGALKAN 1 WAKTU SOLAT FARDHU  adalah bersamaan dengan 28.8x JUTA TAHUN WAKTU DUNIA azab di dalam Neraka Allah s.w.t... Nauzubillahminzalik.

               Seringan-ringan azab Neraka adalah azab Abdul Mutalib, iaitu dipakaikan selipar api yang mana otaknya akan menggelegak seperti air di atas jerangan.

               Maka mari kita pakat-pakat hitung berapa banyak solat fardhu 5 waktu yang telah kita tinggalkan dengan sengaja. Mari kita pakat-pakat hitung berapa lama kita akan bermastautin di dalam Neraka Allah s.w.t. Mari kita pakat-pakat taubat dan beristighfar pada Allah s.w.t, sesungguhnya kerahiman Allah s.w.t. itu sangat luas.

Jazakallah

* (80x360x1000) = 28,800,000
·         360 hari dalam setahun tahun hijrah.

              Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 (maksudnya)...  “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kamu  yang kafir.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan